Do not follow where the path may lead. Go instead where there is no path and leave a trail.That's a leader.That's us.

ABOUT US

League of Educated Amalgamated and Dominating STJrians (LEADS) is the name of batch 2005-2009.We decided to unite for the benefits of all of us.Our number sharply increase and by 2009, we proudly have 123 members.So this group is created to tighten the brotherhood among us after leaving school.United we stand,divided we fall.

Saturday, April 13, 2013

Bertunang Dah Walawehh

Assalamualaikum kawan! 

    Fuh dah hilang belum rasa terkejut dengan berita pertunangan sahabat LEADS kita yang berlangsung hari ni? Dalam senyap2, sahabat kita telah memandang masa depan dengan lebih luas, dikala kita sedang sibuk dengan urusan duniawi. Siapa sangka, Ketua PRS kita dulu merupakan ahli LEADS yang pertama meletakkan diri ke satu level yang selama ni setiap dari kita angan-angan kan. Ya, pertunangan. Whoaaa! ini suatu berita yang sangat menggembirakan LEADS semua. 

   Tahniah di ucapkan kepada Kak Midah kita, Siti Hamidah Abdul Kader yang sudah pon menjadi tunang orang. Orang kata dah bertunang ni darah manis. Macammana manis dia, cuba lah tengok malam pertama ni, kalau ada nyamok yang datang menggigit pasti nyamok pon bakal dapat penyakit kencing manis.Hmppp k hambar.

   Semoga Allah permudahkan awak membuat persiapan sebelom bernikah nanti. Bukan persiapan zahir sahaja, malah batin juga perlu disiapkan. Batin tu maksud saya persiapan dari segi mentallah, awak semua jangan macam-macam. Rezeki dan jodoh awak cepat sampai ye Midah, doakan kami juga diperawalkan ketemu jodoh. *Nak tawen jugakkk. ahaks*




sungguh cantik Midah di hari bahagia dia.


Selamat Bertunang sekali lagi saya wakil persatuan LEADS ucapkan kepada Hamidah. Kami sangat berbangga dengan awak dan semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Sama-sama kita doakan =)

p/s : Maaf Midah, LEADS ramai yang tak sempat hadirkan diri. InsyaAllah kahwin nanti kami datang. Credit gambar kepada Wahida Baba.

Sunday, March 3, 2013

Sempoi di Mesyuarat AJK LEADS 2013 (Gambar)






























Mesyuarat AJK kali Pertama Tahun 2013


Melaka- Pada 2 Mac 2013 yang lalu, mesyuarat AJK kali pertama bagi tahun 2013 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di Ayer Keroh, Melaka. Objektif mesyuarat ialah bagi melengkapkan segala dokumen rasmi persatuan dan merangka pelembangaan persatuan yang bakal didaftar secara rasmi.

Barisan AJK LEADS 2013

    Mesyuarat di meja bulat telah berlangsung dari jam 9 hingga 12 malam yang dipengerusikan oleh saudara Farhan Miqdad. Kata-kata aluan telah disampaikan oleh saudara Sabiq Hisham selaku setiausaha dan disambung oleh saudara pengerusi dengan merangka pelembagaan persatuan. 

    Ahli jawatankuasa tidak putus-putus memberi pendapat dan terdapat sedikit percanggahan sepanjang mesyuarat ahli jawatankuasa. Tetapi kata sepakat diambil dengan membuat sedikit undian sesama lebih kurang 11 orang yang hadir dalam mensyuarat AJK ini dan dipersetujui oleh saudara pengerusi. 

   Pelbagai perkara berbangkit dibincangkan dan semua AJK telah membawa amanah dari ahli LEADS yang lain untuk melengkapkan borang-borang persatuan, telah menjalankan tanggungjawap dengan begitu baik sekali. Tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa kerana sedia berkhidmat. 




Sunday, February 17, 2013

LEADS Johor Mulakan Langkah


Assalamualaikum kawan-kawan sekalian. Apa khabar? Sejak seminggu berjumpa dari family day hari tu, dah move on belum dengan dunia realiti? Harapnya sudah la ye. Memandangkan ada LEADS yang dah pon balik ke tempat belajar masing-masing. Ada juga yang masih bercuti. Ada juga besok merupakan cuti terakhir mereka maka, diucapkan selamat maju sempurna!

Apa pon di harapkan LEADS semua berada dalam sejahtera dan diberkatiNya. 
Ini ada satu cerita yang dikongsi oleh Ummi Umairah kesayangan kita, yang baru sahaja balik dari perjumpaan LEADS cawangan Johor. Walaupon beliau adalah orang kuat cawangan Lembah Klang, tetapi semangat untuk berkumpul dengan LEADS yang berada di Johor sangat dikagumi! Whoaaa! Ikuti saat2 manis mereka bersama.

...... 


    Budak2 UTM kumpul dulu,then amek dayah. Mimie tunggu kat Sri Putri. Overall kitorang gerak dari Sri Putri dalam pukol 11 lebih gitu. Terus menuju ke Nusajaya niatnye nak masuk hello kitty land, tapi mahal so tengok2 barang helo kitty sikit je kt kedai bawah tu. Bergambar sikit dekat Putri Harbour, ingat nak naik kapal tapi tak boleh, private punye rupenya,hehe. Pastu lapar g la lunch kt Mydin sbb nk murah.

   
    Lepas lunch, bincang2 mahu main bowling pula. Pergi kat Daiman bowling kat Tebrau sebab tempat tu memang best. Nasib baik kutek tau jalan sume,so senang. Oh lupe nak cakap kitorg 2 keta je. Kutek ama faizah dayah satu. Aku,qiu n aina sayangnye satu keta lg. Bowling menampakkan kejatuhan qiu mybe sbb aina tak main,haha. Dayah menang, aku 2nd,faizah 3rd..hihi



  Lepas zuhor kat situ, jenjalan buang masa kt Jusco Tebrau jap smpai agak2 pukul 5 lebih. Minum petang makan goreng pisang kat taman universiti sebab semangat leads yang kuat, kitorg sanggup tunggu alun habis training untuk dinner sesame. So lepas minum petang 630 gitu dak pmpuan tumpang maghrib kt bilik ama,dak laki bilik memasing. Lepas maghrib dekat pkol 8 grak trus ke rumah aku kat kulai dgn alun gak.

   Then dinner simple2 je kat rumah aku,sembang-sembang. Qiu smpaikan isi-isi penting time meeting LEADS haritu kat mereka semua sebab hanya aku dan qiu je yang ada time family day haritu. Lepak2 borak2 mereka balik. hantar dayah dulu then dak2 utm balik la utm. hehehe sekian tamat.



.....

Makin handsome n cantik-cantik orang Johor ni. Makan ape dekat sana? Teruja patik membaca kisah mereka. Macam tak sabar rasanya nak balik ke tempat patik belajar dan mengadakan perjumpaan bersama LEADS cawangan. Ihiks. Tahniah diucapkan kepada LEADS Johor, menjadi cawangan pertama yang mengadakan perjumpaan selepas mensyuarat Agong kita yang pertama tempoh hari. =)


    Wednesday, February 13, 2013

    Family Day LEADS 2.0

    Port Dickson-  Seramai lebih kurang 30 orang daripada ahli LEADS telah meluangkan masa untuk tampil menyertai Hari Keluarga 2.0 pada tahun ini yang bertempat di Glory Beach Resort, Port Dickson pada 9 dan 10 Februari lalu. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah sesama ahli LEADS yang kini menyambung pelajaran ke seluruh Negara dan juga luar Negara.  Selain itu, telah dimaklumkan bahawa perjumpaan kali ini dicatatkan sebagai Perjumpaan Rasmi kali pertama dalam persatuan LEADS dan kehadiran telah dicatatkan oleh saudara Sabiq Hisham selaku Setiausaha LEADS. 

            Perjalanan berjalan lancar dengan konvoi sebanyak 8 kereta yang masing-masing bermula dari Bahau, Kuala Pilah, Seremban dan akhirnya ke Port Dickson.  Selesai sahaja menikmati keindahan laut dan permandangan dari apartment, aktiviti pertama dimulakan. Konvoi kereta menuju destinasi ke Teluk Kemang dan seramai 10 orang telah mengambil kesempatan bermain Banana Boat yang disediakan di situ manakala yang lain kusyuk bergambar keliling pantai. Pengalaman bagi yang pertama kali menaiki Kapal Pisang sangat menerujakan dan kami tak berhenti ketawa sepanjang perjalanan mengharungi ombak tengah laut. Seperti biasa, presiden kami iaitu Farhan Miqdad berperangai tak ubah seperti kera mendapat bunga. Habis terhuyung-hayang dibuatnya bot itu. Saat-saat indah telah dirakamkan dalam bentuk jpg oleh photographer terkenal di kalangan LEADS iaitu saudara Nur Muhammad Naqiuddin. 3 kali jatuh dan satu jatuhnya di tengah laut yang sangat dalam. Hanya mengharapkan jaket keselamatan untuk terus hidup bagi insane yang tak tahu berenang. Pengalaman yang sangat mosha katanya!! Whoa.




         Acara seterusnya pula adalah makan malam bersama. Meja yang sangat panjang dicantumkan membuatkan kami beraksi penuh teruja dan membicarakan tentang perkara-perkara lagha gaya seperti setahun berpisah adik-beradik. Tak dilupa juga, Muhammad Qiu sarat mengambil gambar para jejaka dan gadis cantik hingga satu pon gambar beliau tak sempat diambil. Punya bertanggungjawapnya beliau menjadi photografer.




       Selesai sahaja makan dan kenyang, aktiviti seterusnya pula adalah mensyuarat agong yang diadakan di apartment para teruna dengan pintu terbuka dan kesemuanya menutup aurat. Atas dasar ketidakadaan tempat yang sesuai untuk membuat mensyuarat, AJK terpaksa membuat keputusan drastik untuk menentukan tempat perjumpaan.  Mensyuarat kali ini telah membincangkan tentang penubuhan LEADS dan usul-usul yang diketengahkan. Pelantikan Majlis Tertinggi dan AJK LEADS juga dibuat pada malam perjumpaan rasmi yang dipengerusikan sendiri oleh Ketua Persatuan LEADS @ presiden iaitu saudara Farhan Miqdad. AJK bagi setiap negeri telah dilantik untuk memastikan kebajikan LEADS dijaga dan sama-sama meluangkan masa bagi memantapkan lagi ukhwah lantas LEADS akan terus berbakti pada agama, Negara dan masyarakat. Walaupon nampak tiada kaitan, saya pasti lambat laut ianya berkait juga.





       Selesai mensyuarat, permainan pertama dimulakan iaitu Twister Game. Cara bermain ialah seorang hakim perlu memutarkan satu kertas dan memberi arahan pada semua peserta. Lantak engkoranglah nak letak kaki dan tangan macammana janji arahan hakim dituruti. Permainan tamat pada pukul 1.30 pagi dan diteruskan dengan pop kuiz Meneka Hari Lahir ahli batch. Sangat mencabar betul bagi yang kurang ingatan ini. Hadiah bagi 5 orang yang hebat dan tepat meneka adalah dengan kupon  sarapan di hotel Glory Beach Resort pada keesokan harinya. Hebat! Antara yang diberi hidayah untuk mengingati birthday ahli LEADS lain adalah saudara Bedul, saudari Ummi, saudari Nisak, saudari Fazidah Jonet dan juga saudari Julies. Nampaknya wanita punya memori yang bersih dan kukuh. Seterusnya masing-masing beradu dengan style sendiri. Dengan ekon yang sangat syahdu membuatkan masing-masing lena dan meringkuk kesejukan.

       Acara pagi dimulakan dengan bismilah. Teruna LEADS memulakan hari dengan mandi di kolam renang resort. Kemain taw! Manakala para gadis sibuk menyiapkan diri untuk bersarapan. Aktiviti seterusnya adalah sukaneka. Bertempat di Batu 4, masing-masing sakan menyuntumkan senyuman dan ketawa yang terbahak-bahak. Kesemua peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Team  dan Team B. Antara aktivitinya ialah laga belon, pingpong ring, bola pelikat, pingpong chopstik, roti sempurna, telur terbang dan water t-shirt. Paling mengundang kegampangan ialah main telor terbang. Permainan tu daah okay dah. Jadi tak okay bila lepas main, telurnya diterbangkan ke kepala-kepala yang bertarget. Maka busuklah insan-insan yang terkena telur di kepalanya. 

       Selesai game yang terakhir iaitu water t-shirt, masing-masing sakan bergambar! 

    Team A

    Team B




      Tepat jam 11.45, masing-masing beransur ke apartment untuk check out. Dalam pukul 12.30 semua kereta telah bersedia untuk ke kedai makan yang merupakan singgahan LEADS yang terakhir. Meskipun pada awalnya meja tidak dicantumkan #ada 2 atau 3 meja yang tak bercantum, tetapi atas dasar setia kawan dan semangat, kami menunggu meja berhampiran untuk dikosongkan dan dicantumkan hingga 7 buah meja panjang. Itu semangat yang tidak boleh hilang dalam diri setiap LEADS. 


      Pada jam 2 petang, konvoi bergerak ke seremban dan berhenti di Aeon Jusco Seremban untuk sembahyang zohor dan lakukan beberapa aktiviti bermoral seperti main bowling dan lepak di kerusi urut. LEADS beransur-ansur pulang dengan senyuman yang tak pernah lekang di bibir. Kecuali seorang, presiden kita yang nampak di air mukanya satu perasaan yang tidak senang. Bila ditanya, rupanya beliau sedih untuk membenarkan LEADS pergi untuk meneruskan kehidupan masing-masing. Bagi beliau, biarlah LEADS terus begitu bersuka ria bersama. Tapi kenyataannya, LEADS perlu teruskan pengajian yang tak habis dan kembali ke dunia nyata. 

       Semoga Family Day kali ni dapat memberi sejuta kenangan indah pada semua ahli LEADS dan harapan photografer rasmi kita, saudara Naqiuddin semoga family day seterusnya dapat hadir dengan suami/isteri tercinta serta anak-anak. Semoga ukhwah semakin rapat dan sayang LEADS ketat-ketat katanya. Saya bagi pihak bukan AJK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih pada barisan AJK LEADS - Sabiq Hisham, Khairunnizam Sarjat, Aman Bohari, Asnida Aziz dan Farhan Miqdad yang bertukus-lumus menjayakan aktiviti yang dirancang dan menyediakan penginapan. Pengorbanan anda sangat-sangat tinggi. Tak lupa LEADS yang hadir, terima kasih memeriahkan family day kali ni. Semoga family day akan datang lebih ramai yang dapat bersama.





    P/S : Gambar dikreditkan untuk photographers kita, saudara Naqiuddin, Saudara Kicap dan Saudari Jiejie. Berbilion gambar lagi boleh dilihat dari facebook mereka. =)

    P/S : Kita diibaratkan seperti satu family yang besar. Suka duka bersama, insyaAllah sampai mati =)