Do not follow where the path may lead. Go instead where there is no path and leave a trail.That's a leader.That's us.

ABOUT US

League of Educated Amalgamated and Dominating STJrians (LEADS) is the name of batch 2005-2009.We decided to unite for the benefits of all of us.Our number sharply increase and by 2009, we proudly have 123 members.So this group is created to tighten the brotherhood among us after leaving school.United we stand,divided we fall.

Saturday, June 2, 2012

Back To School Event

Assalamualikum kawan2.

Sukacita dimaklumkan bahawa penubuhan LEADS 0509 menganjurkan satu program Sehari Bersama Calon SPM2012 yang diketuai oleh Saudara Muhammad Farhan Miqdad bin Mohamad pada 3-4 Ogos 2012 ini bertempat di Dewan Sri Bistari Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar.

Antara objektif program adalah:

  • Berkongsi mengenai kehidupan pasca SPM dan mengekalkan ukhuwah serta hubungan antara ahli kohort selepas tamat persekolahan.
  •  Menjelaskan kepada para pelajar mengenai pemilihan kursus yang akan dihadapi bagi menentukan penempatan mereka di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.
  • Menerangkan kepada pelajar mengenai peluang-peluang tajaan biasiswa, pinjaman dan tawaran bantuan kewangan untuk meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi.
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim antara para pelajar dengan bekas pelajar.
  • Menyampaikan motivasi bagi menghadapi peperiksaan SPM.

Amatlah kami, ahli ajk LEADS berbesar hati kiranya semua ahli LEADS dapat meluangkan masa menyertai program ini (sebagai fasilitator) yang sememangnya amat2 bermanfaat bagi semua.
LEADS dijemput memeriahkan program rasmi penubuhan kita ini walau di mana anda berada, siapa pon diri anda, apa pon halatuju anda sekarang, anda adalah yang terbaik dari kohort LEADS 0509.
Masih belum terlambat. ayuh kawan2, buktikan kita masih boleh menyumbang pada sekolah =)
Untuk pertanyaan lebih lanjut atau ingin menyertai program, sila inbox Umie Umaira.
sekian, the more the merrier. :D