Do not follow where the path may lead. Go instead where there is no path and leave a trail.That's a leader.That's us.

ABOUT US

League of Educated Amalgamated and Dominating STJrians (LEADS) is the name of batch 2005-2009.We decided to unite for the benefits of all of us.Our number sharply increase and by 2009, we proudly have 123 members.So this group is created to tighten the brotherhood among us after leaving school.United we stand,divided we fall.

Tuesday, September 4, 2012

Konvoi Raya 2012

Bertemu kembali di ruangan ini. SELAMAT HARI RAYA admin ucapkan kepada semua warga LEADS terutamanya dan juga semua yang menjengah.

Alhamdulillah, bersyukur kita diberi satu lagi peluang untuk Konvoi LEADS rasmi pada tahun ini iaitu bertarikhkan 24 Ogos kelmarin. Konvoi dimulakan dari Seremban yang dihadiri oleh abang-abang hensem dan kakak-kakak comel. Berakhir di Kuala Pilah.





sepuluh tahun dari sekarang semua muka di atas masih berkonvoi LEADS dgn isteri dan anak masing2. the moment kita akan nampak ruang gambar akan jadi lebih lebih padat dan meriah! =D tak sabarnyaaa tunggu korang kawen. kuehhehe








ribuan terima kasih diucapkan kepada semua LEADS yang sempat meluangkan masa. terima kasih juga kepada semua wakil2 rumah yang menyediakan juadah yang gila sedappp =) 
suka dan duka kita lalui bersama. apa salahnya setahun sekali kita bersuka ria menyambut kemenangan kan ? itulah identity kita. ukhwah kita. persahabatan kita. semoga ianya berkekalan hingga akhir nyawa kita. InsyaAllah =)

jumpa lagi tahun depan, jika masih dipanjangkan umur.

p/s : more photo boleh skodeng wall Hazirah


Friday, July 27, 2012

Sadis LEADS, Dirasai Semua

Assalamualikum dan salam sejahtera admin ucapkan kepada semua warga LEADS!

Haa, buat ape tu kengkawan? baru balik terawih? baru lepas moreh? ewah ewah. kemain lagi ye. 

Belum terlambat rasanya saya nak ucapkan Selamat Berpuasa dan selamat menjadi insan yang lebih baik dari semalam dan semalam dan juga semalam.. Alhamdulillah, ketemu kita sekali lagi tahun ini, bulan baik ini. =) 

*ahh, kekok pulak gua nak buat ayat resmi ni.*

rasanya engkorang dah tau kan apa terjadi kat saudara kita yang gah lagi perkasa tu? Sabiq lah, sapa lagi. kalau tak kenal sabiq, mohon bunuh diri sekarang. haa, baru2 ni beliau terlibat dalam satu kecelakaan yang memilukan hati seluruh ahli LEADS. 

khabarnya beliau terlibat dengan kemalangan yang Alhamdulillah, tak meragut nyawa. syukur. cuma luka luka sikit dan ada jahitan di kepala beliau. dan kaki beliau yang, urmm. sadis bila tengok depan2, lagi sadis lah bahu yang memikul. ye dok? 

khabarnya lagi, beliau dah beransur pulih. dah boleh jalan dah bak anggg! gitu.


rasanya ni 1st trip dari LEADS. rasanyalah.


time ni sabiq kemain sakit lagi nak gelak walaupon mamat2 LEADS kat atas ni buat lawak. tapi masa saya melawat dia 3 hari lepas, dah boleh dah sabiq ni gelak macam puaka.


haa, ni the latest gambar beliau dan rakan2 pilah. huntunglah ade kawan2 kat pilah. boleh lawat hari2. hamboi. dah boleh jalan dah beliau nampaknya. gitulah abam tough! kuat!


bila dah boleh jalan pesen pakai boxer ni saya tak berkenan ni. ce pakai je kain spital tu tak boleh??

apapon, alhamdulillah, atas doa dan sokongan semua kawan2. beliau dah pulih sikit. tunggu 2 minggu lagi rasanya dah boleh main basketball balik, wakil fakulti. 

semoga beliau terus bersemangat dan semoga kawan2 lain tak putus untuk doakan beliau. jangan tidur ya semasa memandu. salam ramadhon sekali lagi.. =)




Saturday, June 2, 2012

Back To School Event

Assalamualikum kawan2.

Sukacita dimaklumkan bahawa penubuhan LEADS 0509 menganjurkan satu program Sehari Bersama Calon SPM2012 yang diketuai oleh Saudara Muhammad Farhan Miqdad bin Mohamad pada 3-4 Ogos 2012 ini bertempat di Dewan Sri Bistari Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar.

Antara objektif program adalah:

  • Berkongsi mengenai kehidupan pasca SPM dan mengekalkan ukhuwah serta hubungan antara ahli kohort selepas tamat persekolahan.
  •  Menjelaskan kepada para pelajar mengenai pemilihan kursus yang akan dihadapi bagi menentukan penempatan mereka di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.
  • Menerangkan kepada pelajar mengenai peluang-peluang tajaan biasiswa, pinjaman dan tawaran bantuan kewangan untuk meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi.
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim antara para pelajar dengan bekas pelajar.
  • Menyampaikan motivasi bagi menghadapi peperiksaan SPM.

Amatlah kami, ahli ajk LEADS berbesar hati kiranya semua ahli LEADS dapat meluangkan masa menyertai program ini (sebagai fasilitator) yang sememangnya amat2 bermanfaat bagi semua.
LEADS dijemput memeriahkan program rasmi penubuhan kita ini walau di mana anda berada, siapa pon diri anda, apa pon halatuju anda sekarang, anda adalah yang terbaik dari kohort LEADS 0509.
Masih belum terlambat. ayuh kawan2, buktikan kita masih boleh menyumbang pada sekolah =)
Untuk pertanyaan lebih lanjut atau ingin menyertai program, sila inbox Umie Umaira.
sekian, the more the merrier. :D


Friday, February 24, 2012

Hari Keluarga 1.0.

salam.



di atas adalah mereka yang tiada halangan sertai hari keluarga 1.0 pada 4,5 februari yang lalu di sekitar pantai puteri, melaka. dah lama. tapi tak cerita kat sini. cerita di :



sekian.